Perhatian: Untuk meningkatkan lagi mutu dan penampilan produk, rekaan kotak luaran untuk BURNER dan SMOOTHER telah ditukarkan ke imej baru mulai 15/3/2012. Produk dengan penampilan lama masih boleh digunakan kerana hanya rekaan kotak berbeza sahaja. Untuk BURNER, penampilan baru dikeluarkan dengan perisa baru, iaitu perisa asam manis masam yang lebih sedap atas permintaan ramai.

Sunday, 22 May 2011

Produk Produk Bmagic

Kepada umum yang tidak lagi mengetahui siapa pengeluar utama produk Burner dan Smoother ini, ambik la tau sekarang, pengeluar dia BMAGIC. Nak tau lanjut lagi, sijil pengesahan Halal, sijil GMP(good manufacturing practic) dan KKM(diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia) boleh la rajin rajinkan tangan bukak laman web pengeluar di www.bmagic2u.com

Kita masih bermula dengan produk pelangsingan yang saya jual iaitu :
1. BURNER

Yang di atas adalah BURNER. Sekotak RM75.00 Malaysia. Dah sale 15%, tak lama lagi dah nak balik harga asal = RM89, moh kita beli cepat cepat selagi masih murah. Sekotak ada 15 peket, tahan untuk kita guna 2 minggu 1 hari...


2. SMOOTHER

Yang ni nama dia SMOOTHER. Sekotak RM35.00 Malaysia. Hak ni pon dah kasik sale 15%, pastu tak lama lagi harga dia balik asal = RM42, sekotak smoother ni ada 15 peket juga sama macam burner dia atas.


Ni risalah mengenai produk pelangsingan Burner dan Burner.

3. Produk Skin Care Bmagic 

A) MAGIC SKIN (Harga RM46.00)


* Mencerahkan kulit wajah bagi yang kusam, gelap dan berparut parut (bekas jerawat atau jeragat)
* Mencerahkan kulit bagi yang punya pigmentasi, tompok hitam dan rekahan belang hitam. 
* Meratakan warna kulit yang tidak sekata dan yang best nya amat sesuai untuk semua kulit

- Magic Skin ni bagus kalau org yg guna punya masalah jeragat terutamanya, dan yang dah pulih masalah jerawat. Sebab apa saya kata macam tu sebab nya saya sendiri dah cuba, saya ada masalah jerawat pasir dan bekas bekas jerawat lama, 1st time guna hari pertama tak nampak kesan lagi, masuk hari ke-3 baru rasa perubahan, kira boleh dipercayai jugak la trademark syarikat yg khabarkan hanya 1 minggu kesan dapat dilihat, syabas!

B) MAGIC CLEAR (Harga RM46.00)

* Sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan senang berjerawat atau berbintik hitam.
* Ia juga mengatasi masalah jerawat, bintik hitam, bintik merah yang bernanah, jerawat batu dan pelbagai masalah yang wujud akibat kulit berminyak, resdung atau cuaca panas.
* Merawat pori pori tersumbat dan jerawat yang terpendam di bawah kulit.

- Ha, yang ni bagus kalau anda punya masalah jerawat shj. Memang bagus dan betul betul berkesan, kesan pun dapat dilihat dalam 7 hari penggunaan sahaja. Hari pertama guna rasa biasa je, masuk hari ke 2, dan ke 3, kulit muka bila cuci ngan sabun Bmagic Wash rasa pedih sikit kat kawasan yang berjerawat, bila lap je muka rasa tegang dah macam aku pakai masker telo. Pakai Magic Clear ni pas kita siap cuci muka, tak kira la pagi, tengahari, petang, malam atau lewat malam, colek sikit sikit je kat dahi, idung, pipi dan dagu, pastu ratakan keseluruhannya. Rasa macam berminyak sikit tapi ia ok, tak berbau kuat, hanya bau krim shj. Masuk hari ke4, ke 5 jerawat akan nampak kecik, kecut, dan kulit muka tak lebam atau merah sebab jerawat, kulit kita jadi sekata je, pastu pori pori kat pipi, idung semua jadi sempit dan kecik.

C. MAGIC LIFT (Harga RM46.00)

* Menegangkan kulit, Anti - Penuaan.
* Menghilangkan kedutan, garisan halus, kendur, dan menggeleber di muka, mata dan juga leher.
* Mengecilkan pori pori yang terbuka.
* Boleh digunakan sebagai "Eye Gel".

- Yang benda alah ni, saya tak guna, tapi Emak saya yang guna, muka mak saya berjeragat, umur dah 52 tahun, kulit muka dah kendur, jeragat banyak ada kat sekitar pipi, atas batang idung dan dahi, mak saya amik Magic Wash(sabun), Magic Skin dan Magic Lift. Siang dia cuci muka setiap kali nak amik air sembahyang, siap solat dia sapu sikit Magic Clear, pastu bila malam pas Isya' dia terus sapu Magic Lift, memang bagus. Saya nengok muka mak saya makin cerah, jeragat dia warna itamnya makin pudar,kulit dah tak jadi bertompok tompok, warna kulit dia jadi sekata, bawah mata dah tak itam sangat, kira berbaloi juga lah try produk Bmagic ni.

D) MAGIC REPAIR ( Harga RM46.00)

* Memperbaiki dan memulihkan kulit yang lemah, sensitif, nipis dan senang merah akibat salahguna produk, rawatan laser, cuaca panas dan sebagainya.
* Menghilangkan ketidakselesaan kulit seperti panas, cekang, pedih, gatal dan ruam.
* Amat berkesan untuk kulit yang mengelupas dan kering.

- Saya memang guna Magic Repair. Saya bangun pagi cuci muka ngan Magic Wash(sabun) pastu sembur serata Magic Repair kat muka, rasa dia sejuk dan berangin sikit, kulit jadi lembut, tak berminyak, tak kering dan lembap lembut, best.. Bagi yang punya kulit sensetip amik la Magic Repair, tak rugi cuba, baik untuk pulihkan jerawat bernanah, jerawat batu dan jerawat pasir.

E) MAGIC WASH ( Harga RM20.00)

* Membersih, melembap, melicin dan mencerahkan kulit tanpa rasa cekang selepas kita cuci muka.
* Anti-septik untuk memulih dan mencegah jerawat dan pelbagai lagi masalah kulit.
* Sesuai untuk semua jenis kulit.

- Bagi yang nak cuba produk Bmagic, Magic Wash ni satu kemestian dan memang benda wajib kena beli. Tak kira la anda ada masalah jerawat, jeragat atau kulit bermasalah.



CARA PENGGUNAAN 

Pagi : Cuci muka dengan Magic Wash dan sapukan produk Magic Repair/ Magic Clear/ Magic Lif, kemudian diikuti dengan bedak asa atau solekan.

Malam : Cuci muka dengan Magic Wash dan sapukan produk Magic Repair/ Magic Skin/ Magic Clear/ Magic Lift.