Perhatian: Untuk meningkatkan lagi mutu dan penampilan produk, rekaan kotak luaran untuk BURNER dan SMOOTHER telah ditukarkan ke imej baru mulai 15/3/2012. Produk dengan penampilan lama masih boleh digunakan kerana hanya rekaan kotak berbeza sahaja. Untuk BURNER, penampilan baru dikeluarkan dengan perisa baru, iaitu perisa asam manis masam yang lebih sedap atas permintaan ramai.

Monday, 14 March 2011

Testimoni Pemilik Blog Dalam Menggunakan Burner dan Smoother.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, permintaan yang tinggi dari pelanggan yang baru mengenali B&S dan pelanggan yang setia tetap menggunakan produk ini semakin tinggi. Kadang kadang macam tak sangka produk ini boleh menarik perhatian ramai pengguna yang mempunyai masalah berat badan.
Burner dan Smoother seperti yang telah diketahui amat membantu dalam proses penurunan berat badan yang lebih efektif. Penggunaan permulaan dalam 2 minggu pertama sahaja sudah menampakkan hasil yang memuaskan bagi sesetengah pelanggan, bagi yang mempunyai lemak jenis "degil" mungkin mengambil masa sedikit, tetapi rata rata hasil testimoni pelanggan banyak yang mengatakan berat mereka boleh turun 3 hingga 5kg dlm tempoh 2 minggu sahaja. Menakjubkan bukan?

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam mengenali, mencuba, dan mengamalkan produk B&S. Mungkin bagi pelanggan yang baru membuka laman burnerandsmoother ini tertanya tanya adakah pemilik blog yg bernama (Ai) ini lelaki atau pun perempuan? Sudah tentu nya saya seorang perempuan, seorang wanita, seorang ibu kepada seorang cahayamata, dan seorang surirumah yang mula menjinakkan diri dalam perniagaan produk pelangsingan badan ini. Saya berkahwin ketika masih lagi belajar di Politeknik, di tahun akhir dalam jurusan Diploma saya mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ketika itu saya dan suami merancang untuk tidak lagi bersedia menimang cahaya mata. Masing masing masih ingin meluangkan masa berdua, dan ingin mengukuhkan ekonomi keluarga. Selama 2 tahun tempoh perkahwinan kami, saya mengamalkan kaedah perancangan "PIL Perancang Keluarga" atas nasihat doktor. Berat ketika itu adalah 58kg. 3 tahun mengambil pil perancang, saya membuat keputusan untuk berhenti kerana sudah bersedia membuka hati menerima kehadiran "anak". mungkin ketika itu kesan pengambilan pil perancangan mempengaruhi hormon saya, saya menunggu lebih drpd 6 bulan selepas berhenti memakan pil, tetapi tiada juga "lekat". Setelah membuat pemeriksaan doktor, saya dibekalkan dengan pil subur. Tiga kali mengambil ubat tersebut tiada juga membuahkan hasil, akhirnya saya mencuba Biodex. 2 bulan slps pengambilan Biodex berat saya mendadak naik ke 70kg. Dalam tempoh tersebut saya juga mencuba pelbagai kaedah urutan, meminum air dari "Tasek Dayang Bunting", minum air Zam Zam, dan akhirnya saya putus asa. Masuk tahun ke -4 perkahwinan, saya dan suami membuat keputusan mencuba kaedah IUI. Tetapi hasilnya tetap sama, doktor mengatakan bahawa kami berdua tiada sebarang masalah. Disebabkan terlalu kerap memikirkan soal anak, berat saya semakin naik kerana banyak makan.

Akhirnya pada bulan Julai 2009 saya disahkan hamil. Selepas bersalin pada bulan Mac 2010, habis je pantang berat saya naik kepada 85 - 90kg. Perut selepas besalin makin buncit, peha makin besar, dagu belapis, lengan besar dan saya kerap sakit tumit kaki kerana berat tidak seimbang dengan ketinggian. Disebabkan anak tidak menyusu badan saya memutuskan untuk mencuba pelbagai jenis jamu, dan teh herba untuk melangsingkan badan. Akibatnya saya kerap ke tandas sehari dalam 20 kali, buang air besar tetapi bukan najis yang keluar, hanya air dan bontot menjadi pedih sehingga sukar duduk, muka jadi pucat akibat kekurangan air. Bau teh tersebut buat saya pusing dan pening. Selang sebulan selepas berhenti produk itu, saya mencuba Justmate5, tetapi hanya tahan 3 kotak shj, kerana masalah wang yang besar melibatkan pembelian Jusmate5. Disamping itu banyak yang menasihatkan saya kalau ingin kesan yang cepat saya harus menggantikan nasi dengan bihun dan buah epal. Malangnya ia tidak bertahan lama, kerana perut dan tekak saya sudah lali dengan nasi. Jika tidak makan nasi sehari saya jadi pening dan lesu kerana kelaparan. Akhirnya pada awal bulan Januari 2011, saya terbaca artikel mengenai produk Bmagic edaran Sri Gading di Majalah Mingguan Wanita. Perasaan ingin mencuba berkobar kobar kerana menurut artikel tersebut berat badan boleh turun 5 hingga 20kg dalam tempoh 1 bulan. Setelah berjaya mendapatkan pengedar Burner dan Smoother di kawasan Kota Tinggi, Johor, saya mencuba 2 kotak Burner dan 1 kotak Smoother. Balik kerumah, saya tanda di kalender hari pertama saya mencuba B&S, saya timbang berat terakhir saya ketika itu ialah 85kg. 4hb Feb 2011 hari pertama menggunakan B&S, tiada apa apa kesan negatif berlaku, tiada pening, tiada berpeluh peluh, tiada denyutan jantung yg terlalu kuat dan tiada cirit birit. Masuk hari ke-4, saya kerap ketandas, rasa memulas mulas perut dan buang air besar sebanyak 6 kali dari pagi hingga ke malam, dan yang anehnya saya buang air besar ketika perut betul betul memulas, tiada sembelit, tiada air yg keluar, tetapi najis yang lembut dan licin. Saya tidak meneran, dan bontot tidak pedih seperti dulu. Saya hubungi pengedar dan bertanya mengapa terjadi begini, kata beliau smoother sedang bertindak dalam membuang dan memproses najis lama saya yg sudah keras dan hitam, smoother bekerja untuk mencuci usus tanpa menyebabkan kita menderita cirit birit. Keesokan hari nya tiada lagi gejala seperti semalam, genap 2 minggu guna B&S, saya berhenti mengambilnya. Kebetulan produk Burner dan Smoother pun sudah habis. Sebelum memutuskan untuk menyambung kembali, saya timbang berat di klinik kesihatan. 18hb Feb 2011, berat saya ketika itu ialah 76kg. Memang tak sangka!!! Tak rasa sedikit pun yang berat saya sudah turun, memang sangat sangat tak sangka, balik je rumah saya tengok cermin, tengok perut, sudah lembik dan turun kebawah, tengok lengan macam kecik sedikit, saya test sarung baju kurung size M tetapi lengan masih sangkut. Saya rasa peha saya nampak macam dan turun kebawah, betul ke ni? Akhirnya saya teruskan juga untuk amalkan B&S sampai sebulan. Pengambilan kali ke2 saya tetap amalkan benda yang sama, masih ambil sarapan, masih lunch, dan masih makan malam. Dan pada 4hb Mac saya timbang sekali lagi, berat terkini saya ketika ini ialah 72kg. Alhamdulillah saya percaya akhirnya B&S benar benar membantu dlm penurunan berat badan saya. Saya sarung semula baju kurung yg size M tu, muat lengan saya, saya sarung kemeja yg saya pakai ketika di Politeknik dulu, pun muat. Memang puas hati sangat.

Dan saya mula syorkan kepada kawan kawan yang ada masalah sama seperti saya, akhirnya mereka juga berjaya. Paling sedikit pelanggan yang turun berat badan nya adalah 3 kg dalam tempoh 2 minggu. Ada pengguna yang bertanya pada saya, adakah boleh mengambil Burner dan Smoother dalam waktu yang sama? Ini kerana diketahui sifat Burner yang membakar lemak, akan dikikis oleh Smoother yang membuang toksin. Jawapan nya adalah BOLEH. Penggunaan B&S di waktu yang sama  amat bagus, dan ia sama sekali tidak akan memudaratkan tubuh dan fungsi mereka bekerja. Burner bertindak sbg agen pembakaran lemak degil, lemak daging, lemak air dan lemak minyak. Manakala Smoother membantu mempercepatkan lagi proses Burner itu tadi dengan menyahkan toksin dan asid kotor setelah Burner membakar. Lemak dan najis lama dikeluarkan tanpa menyakitkan kita. Bau Smoother yg boleh diterima dan rasa yang tidak pahit bagus untuk diamalkan.

Jika anda mempunyai berat lebih dari 65kg (seperti saya), disyorkan anda minum Burner 2 sechet sehari, bersamaan 2 kotak.Iaitu sekali di waktu pagi selepas sarapan, dan sekali lagi ketika jam 6 petang. Setelah mendapat berat yg diingini, kurangkan pengambilan Burner kepada satu sechet sehari.
Tetapi jika anda mempunyai berat yang kurang dari 65kg, memadai lah jika mengambil sekotak Burner minumlah selepas sarapan sahaja.
Smoother pula boleh diambil seuncang sehari. boleh dibancuh kosong atau bagi sesiapa yg tidak gemar akan teh kosong boleh ditambah dgn madu, gula ketul, sirap, lemon/limau atau susu. Ikut citarasa masing masing.

Selamat Mencuba! :-)